Seribu Tahun

"Seribu Tahun" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi Singapura, Imran Ajmain, dikeluarkan pada 2007 sebagai single keduanya untuk album studio pertamanya, Dengan Secara Kebetulan (2006). Sebuah muzik video telah difilemkan untuk mempromosikan lagu ini, diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. "Seribu Tahun" juga menduduki tangga teratas di Carta Era dan Hot FM 30, ia menjadi lagu tema drama Kerana Cintaku Saerah di TV3.[1][2]Mengimbas semula lagu ini pada 2017, Imran mengakui pernah berasa rimas apabila diminta untuk menyanyikan lagu ini.[3] Beliau mendedahkan dalam temuramah dengan Astro Gempak bahawa beliau pernah berhasrat untuk merakamkan lagu "Seribu Tahun" dalam versi Bahasa Inggeris.[4]